Wednesday, April 2, 2014

Ustaz Ismail Noh, Berehatlah Wahai Ayahanda

Pemuda PAS Kelantan menyifatkan kematian bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Mas, Ustaz Ismail Noh awal pagi tadi sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada PAS Pasir Mas bahkan juga kepada PAS Negeri Kelantan sendiri. Ini kerana beliau merupakan salah seorang ulama yang dikenali dengan kepetahan hujahnya serta ketinggian ilmun yang sukar untuk ditandingi.
Allahyarham yang pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan dikenali di kalangan anak-anak muda sebagai seorang murabbi yang tidak putus-putus menekankan aspek tarbiyyah dan pengorbanan sebagai faktor penting untuk mencapai kejayaan di dalam perjuangan.
Sebelum bertanding di dalam pilihanraya, beliau merupakan Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan) Yayasan Islam Kelantan. Justeru beliau banyak turun ke sekolah-sekolah untuk berjumpa guru-guru dan pelajar-pelajar membuat tinjauan dan menyampaikan ceramah. Tidak hairan di kalangan pimpinan negeri pada hari ini yang pernah mendapat pendidikan di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan pernah mengenali beliau sebagai seorang yang sangat berjasa di dalam bidang pendidikan khususnya di negeri Kelantan. Kepetahan bahasa Arabnya juga hampir-hampir menyamai Almarhum Ustaz Yahya Othman yang terlebih dahulu pergi beberapa tahun yang lepas.
Di Pasir Mas pula, beliau pernah menewaskan Dato Ibrahim Ali untuk kerusi Parlimen Pasir Mas sebanyak dua kali pilihanraya umum iaitu pada tahun 1999 dan 2004. Namun, beliau dengan sukarela menyerahkan kerusi tersebut untuk ditandingi oleh bekas lawannya itu menggunakan logo PAS sebagai mematuhi arahan pimpinan parti pada tahun 2008. Bahkan beliau juga yang mengepalai perarakan penamaan calon di Pasir Mas ketika pilihanraya umum 2008. Inilah sejarah kepatuhan beliau kepada keputusan pucuk pimpinan parti yang sangat bersejarah di Pasir Mas.
Sesungguhnya kematian itu satu kerehatan kepada orang-orang mukmin. Rehat dari perjalanan hidup dunia yang merupakan satu ujian. Semoga Ayahanda Ustaz Ismail Noh mendapat kerehatan penuh kenikmatan daripada Allah SWT. Sekali lagi, Pemuda PAS Kelantan merakamkan takziah setinggi-tingginya kepada keluarga Allahyarham dan semoga beliau dimasukkan di kalangan hamba-hamba Allah yang soleh, Insya-Allah.
Salam takziah.
AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Monday, January 27, 2014

MajlisPerasmian Surau Pasar Besar Rantau Panjang

Dirasmikan oleh YAB. Ust Dato' Mohamad bin Yakub Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan.












JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1435/2014

Dengan hormatnya pihak Madrasah Ar Rahmaniah Ad Diniah Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas Kelantan menjemput YB/ Dato'/Datin/Tuan Guru/Ustaz/Tuan/Puan terutamanya bekas bekas pelajar pondok ini ke majlis sambutan Maulidur Rasul SAW di Pondok Lubok Tapah sebagaimana berikut:

Tarikh : 1 Rabiu'akhir 1435H/ 1 Feb 2014M
Tempat : Masjid Rahmaniah Pondok Lubok Tapah

Program :
7.00_9.00 Pagi Daurah
1 Kitab Al Syifa LiKadhi 'ayaid

9.30_10.30 pagi Daurah
2 (kedua dua Daurah ini akan disampaikan oleh Tuan Mudir Dr Hj Lokman Hj Abdullah)

11.00_ 1.00 Daurah 3(kitab Syamail MUHAMMADIYAH) disampaikan oleh Maulana Tuan Guru Hj Hussein Al Burmawi

2.00_4.00 petang : Bacaan Qasidah,persembahan pelajar Pondok dan Tahfiz

5.30_6.30 petang:Majlis Ramah Mesra Guru Guru Pondok Kelantan Tetamu VIP jemputan

7.300_9.00 malam: Solat Maghrib dan Ceramah Maulidur Rasul SAW
oleh Al Fadhil Ustaz Muhadir Bin Hj Joll Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM)

JAMUAN MAKAN :12.00 TENGAH HARI HINGGA 10.00 MALAM

SEMUA DIJEMPUT HADIR ...TERMASUK KAWAN FB,WASATSAAP,W.CHAT...

Turut mengundang
Umi..Kak Yah(Isteri Al Marhum Tuan Guru Haji Abdullah) 0111-7920086/0199371856
Pejabat Pondok 0139754428/0179034498

Ujub

Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.
Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang berjawatan tinggi, kagum dgn jawatannya.
Orang yg bijak berpidato, kagum dgn pidatonya,
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.
Orang yang pandai masak, kagum dengan masakannya.
Orang yang pandai menjahit, kagum dengan jahitannya.
Orang yang pandai menghias, kagum dengan hiasannya.

Walhal semua kelebihan atau keistimewaan itu adalah milik Allah dan diberikan kepada manusia.
Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."
(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan r ambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”
(HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,”ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya". (Syarh Arba’in)
kredit : Ust Kay

'Jasad yang pergi, ilmu dan perjuangan kekal di dada kami'

KUALA LUMPUR: Pemergian AlMarhum Tuan Guru Harun Taib adalah satu kehilangan besar buat Gerakan Islam di rantau ini, kata AJK PAS Pusat, Nasrudin Hassan. 

Bagaimanapun, katanya malang ada portal dan penulis seperti melepaskan dendam tersumbat apabila membidik almarhum sebagai perginya ulama konservatif sehari selepas beliau kembali ke rahmatillah. 

Tambah Ahli Parlimen Temerloh itu, tanpa peduli adab dan hormat, mereka seperti gembira dengan pemergian almarhum. 

“Saya sekadar ingin mengingatkan, yang pergi ialah jasad almarhum Tuan Guru mendapatkan kekasihnya yang Maha Kuasa tetapi ilmu dan roh perjuangan masih kekal di dada kami anak-anak muridnya. 

“Perjuangan beliau akan bersambung insya Allah,” tegasnya yang merupakan anak didik almarhum.

DPP Rantau Panjang Menabur Bakti

Dewan Pemuda PAS Kaw. Rantau Panjang menyampaikn sumbagn Zakat kpd keluarga Sdr Syed Muhammad Khairul Syed Mohd Zain di kg Banggol Petai dun Bukit Tuku. Bapanya seorang pemandu Lori yg menanggung 10 org anak yg masih bsekolah. Semoga Allah mberi ketabahan kepada mereka

Sunday, January 26, 2014

Ucapan Takziah Kepada Saudara Ismadi Atas Kehilang Ayah Tercinta

26hb Jan 2014 : Ucapan Takziah dari Dewan Pemuda PAS R.Panjang kpd Sdr Ismadi Hamzah (Kg Bukit Perah), ahli Jabatan Amal R.Panjang yang kehilangan ayahanda tercinta pada petang tadi. Semoga Arwah ditempatkan bersama2 orang yang beriman. AlFatihah.