Sunday, December 29, 2013

Pejabat Perhubungan PAS Negeri-Negeri & Wilayah Persekutuan

Image
KELANTAN
Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan
Pejabat Perhubungan PAS Kelantan
Tingkat 1, Bangunan PAS, Jalan Dato’ Pati,
15000 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim.
Tel : 09-7481131 / 09-7478815
Fax : 09-7461873
kelantan@pas.org.my
Image
KEDAH
Setiausaha Perhubungan PAS Kedah
Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah
Kompleks PAS Kedah KM 13,
Jalan Alor Setar – Sungai Petani Simpang Empat
06650 Alor Setar Kedah Darul Aman.
Tel : 04-7481122
Fax : 04-7481123

TERENGGANU
Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu
Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu
No 33 Taman Sri Intan,
Jalan Sultan Omar
20300 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6203314
Fax : 09-6203311
bppnt@yahoo.com

SELANGOR
Setiausaha Perhubungan PAS Selangor
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
No. 12-C, Tingkat 3, Blok 1
Pusat Perniagaan Worldwide
Jalan Tinju 13/50
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55184530
Fax : 03-55134323
setiausahanegeri@paselangor.com
Image
PERLIS
Setiausaha Pehubungan PAS Perlis
Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis
No. 7, Jalan Sekolah Derma
01000 Kangar Perlis Indra Kayangan.
Tel : 04-9767836 / 04-9778296
Fax : 04-9781784 pasperlis@hotmail.com

WILAYAH PERSEKUTUAN
Setiausaha Perhubungan PAS W. Persekutuan
Badan Perhubungan PAS W. Persekutuan
F34-2-1,Jalan 4/50 Off Jalan Gombak,
Diamond Square Commercial Centre,
53000 K. Lumpur
paswilayah@yahoo.com
Image
JOHOR
Setiausaha Perhubungan PAS Johor
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor
18A, Jalan Timah Sari
Kg. Kenangan Dato’ Onn Dua
83000 Batu Pahat Johor Darul Takzim.
Tel : 07-4316650
Fax : 07-4344410 bulanjohor@lycos.com
Image
PAHANG
Setiausaha Perhubungan PAS Pahang
Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang
Tingkat Satu, No. 3,
Jalan Datuk Bahaman 4,
Pusat Komersial Temerloh,
28000 Temerloh
Pahang Darul Makmur
Tel.: 09-296 5143, 09-296 8143.
Faks : 09-296 6143
E-mel : bppnphg@gmail.com
Laman Web: http://paspahang.org Laman Berita:http://www.sidangonline.net
Image
PERAK
Setiausaha Perhubungan PAS Perak
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak
No. 13A & 13B Jalan Medan Istana 3
Bandar Ipoh Raya
30000 Ipoh Perak Darul Ridwan.
Tel : 05-2555975
Fax : 05-2433943
pasperak@time.net.my
Image
MELAKA
Setiausaha Perhubungan PAS Melaka
Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka
Lot 911, KM 5
75050 Semabok
Melaka.
Tel : 06-2841780
Fax : 06-2827205
jpn@pasmelaka.org
Image
NEGERI SEMBILAN
Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sembilan
Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan
No.5 Tingkat 1, Jalan Durian Emas 2,
Off Jalan Dato’ Siamang Gagap,
Betaria Business Center,
70100 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7637450
pas_n9@streamyx.com
Image
PULAU PINANG
Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang
Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang
No. 1521, Markaz Tarbiyah PAS Negeri, Pongsu Seribu
13200 Kepala Batas
Seberang Perai, Pulau Pinang.
Tel : 04-8990866
Fax : 04-5755584 /04-5741579

SARAWAK
Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak
No. 55, Taman Prinora,
Fasa II, Lorong Simpor 7,
93050 Petra Jaya, Kuching Sarawak.
Image
SABAH
Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah
TB 321 & 322 Tingkat 3 Block 38,
Kompleks Fajar,
Jalan Haji Karim,
91000 Tawau, Sabah

Thursday, December 19, 2013

Sekalung Tahniah Kepada Jabatan Amal

DPPKRP ingin Dedikasikan sekalung PENGHARGAAN ats kejayaan Jabatan Amal Kelantan dlm MISI BANTUAN BANJIR di TRENGGANU yang berakhir 19/12. SEMOGA SETIAP KERINGAT YG TUMPAH DINILAI OLEH ALLAH SEBAGAI AMAL SOLEH



Sunday, September 12, 2010

Bekas SU Pemuda PAS Pusat meninggal dunia

Harakahdaily

IPOH, 11 Sept: Ustaz Hamim Abu Bakar, bekas Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat meninggal dunia di Ipoh hari ini ketika berusia kira-kira 70 tahun.

Hamim meninggal di Hospital Ipoh selepas diserang sakit jantung ketika menziarahi sanak saudaranya sempena Aidil Fitri.

Sebelum ini, Hamim adalah petugas sepenuh masa Pejabat Agung PAS. Beliau menjadi Setiausaha Pemuda di hujung tahun 1970-an ketika Pemuda PAS dipimpin Datuk Mustafa Ali.

Jawatan itu kemudiannya diambil alih oleh Haji Subky Latif selepas beliau tidak sihat untuk menjalankan tugas akibat kemalangan.

Ketika konfrantasi dengan Indonesia, Hamim pernah ditahan ISA.

Hamim yang tinggal di Petaling Jaya sebelum ini meninggalkan isteri dan empat anak.

Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.

"Allahyarham adalah seorang petugas PAS yang sangat komited. Beliau bukan setiausaha sahaja tetapi juga driver bila kita ada program.

"Dia telah menyerahkan seluruh hidupnya untuk perjuangan semasa beliau sihat dahulu hingga tidak sihat selepas kemalangan," kata Mustafa.

Wednesday, September 8, 2010

Perutusan Idulfitri 1431H Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Allahuakbar, allahuakbar, allahuakbar,

Lailaha Illallah Wallahu akbar,

Allahuakbar walillahil hamd.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, segala kebesaran milik Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus bernafas di bumi ini, menyempurnakan ibadat yang dipikulkan di atas bahu kita sepanjang Ramadhan dan seterusnya menyambut kehadiran Idulfitri pada hari ini.

Sesungguhnya, tiada daya dan upaya yang dimiliki oleh hamba melainkan dengan izin Allah SWT Yang Maha Besar dan Berkuasa. Justeru sewaktu kita riang gembira menyambut kehadiran hari raya, kita disuruh untuk terus mengagungkan Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“..Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur…” – Surah al-Baqarah, ayat 185.

Oleh yang demikian, wajarlah semangat pengagungan Allah SWT ini dilaksanakan di dalam seluruh aspek kehidupan kita. Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, saya ingin mengambil peluang di dalam kesempatan hari raya ini untuk mengajak semua pihak agar kembali kepada Allah SWT di dalam menangani semua permasalahan kehidupan. Negara yang sedang berdepan dengan pelbagai masalah yang kronik perlulah diselamatkan segera sebelum keadaan menjadi semakin parah. Di peringkat remaja kita berdepan dengan isu keruntuhan moral dan akhlak seperti buang bayi dan penagihan dadah. Di peringkat pimpinan diselubungi pula dengan isu rasuah dan penyelewengan kuasa. Tidak ada jalan keluar daripada permasalahan ini melainkan kembali kepada penyelesaian yang dicadangkan oleh Allah SWT. Inilah yang tersirat di sebalik laungan takbir yang dilafazkan pada hari raya ini.

Akhir kata, saya mengalu-alukan anak-anak Kelantan di perantauan yang pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing. Berhati-hatilah di jalanraya agar tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Sekalipun anda semua berada di perantauan, janganlah dilupakan bumi Kelantan yang menjadi tanah tumpah darah. Titipkanlah sentiasa doa dan harapan agar Kelantan khususnya sentiasa dilimpahkan rahmat oleh Allah SWT.

Selamat Hari Raya Idulfitri.

YB HAJI ABDUL LATIF BIN ABDUL RAHMAN,

Ketua,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bertarikh : 8 September 2010M / 29 Ramadhan 1431H

Thursday, August 12, 2010

KELANTAN : ISU TUNTUTAN ROYALTI MINYAK


twin-tower

Petronas Perjelas Isu Tuntutan Royalti

KUALA KRAI: Petronas mengeluarkan kenyataan hari in bagi menjelaskan isu tuntutan kerajaan Pas Kelantan terhadap royalti minyak, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, melalui penjelasan itu, Pas yang begitu terdesak sekarang perlu menerima kenyataan royalti minyak bukan milik negeri seperti digembar-gemburkan selama ini.

"Kita tegas dalam perkara ini (royalti minyak). Orang Pas mempunyai pandangan mereka, tetapi kita tetap bertegas kerana isu itu berlandaskan undang-undang dan peraturan.

"Kita bukan negara `cowboy', apa yang kita buat mengikut undang-undang dan peraturan seperti diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin.

"Kabinet membuat keputusan supaya Petronas dalam tempoh terdekat mengeluarkan kenyataan, mungkin esok atau lusa agensi itu akan mengeluarkan kenyataan," katanya di Pusat Operasi Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, dekat sini, semalam.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai isu royalti minyak yang dituntut kerajaan Pas Kelantan walaupun Kerajaan Pusat membuat penjelasan mengenainya sebelum ini.

Kelmarin, Muhyiddin dalam lawatannya ke Manek Urai menjelaskan Kabinet sudah mengarahkan Petronas memberikan penjelasan terperinci berhubung isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Pas Kelantan.

Muhyiddin berkata, penjelasan itu penting bagi membolehkan rakyat Kelantan tidak terpengaruh dengan kenyataan pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat yang memutarbelitkan isu berkenaan demi kepentingan politik khususnya ketika kempen pilihan raya kecil Manek Urai.

Mustapa berkata, beliau berharap kerajaan Pas Kelantan akan menerima kenyataan yang akan dikeluarkan Petronas nanti sekali gus dipercayai oleh rakyat.

"Kenyataan Petronas ini diharap dapat mengatasi isu berkenaan kerana ia bukan kenyataan dari mulut seorang ahli politik. Kita berlandaskan undang-undang selesaikan masalah," katanya.

"Dalam sistem demokrasi, siapa saja boleh cabar Kerajaan Pusat, namun kerajaan bertegas dalam perkara ini dan harap kenyataan Petronas akan meyakinkan rakyat Manek Urai untuk menangkis dakyah fitnah yang disebarkan oleh Pas," katanya.

Royalti Minyak: Petronas Dijangka Keluar Kenyataan

KUALA KRAI: Petronas dijangka membuat kenyataan mengenai isu royalti minyak yang dituntut oleh kerajaan Pas Kelantan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed.

Beliau berharap melalui kenyataan itu Pas akan menerima kenyataan mengenai royalti minyak yang digembar gemburkan mereka selama ini.

"Kita tegas dalam perkara ini (royalti minyak). Orang Pas mempunyai pandangan mereka tetapi kita tetap bertegas kerana isu itu sudah berlandaskan undang-undang dan peraturan.


"Kita bukan sebuah negara koboi dan apa yang kita buat adalah mengikut undang-undang dan peraturan sebagaimana yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam dalam mesyuarat Kabinet.

"Kabinet membuat keputusan supaya Petronas dalam tempoh terdekat akan mengeluarkan kenyataan, " katanya kepada pemberita di Pusat Operasi Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, dekat sini, hari ini.

Semalam, Muhyiddin dalam lawatannya ke Manek Urai menjelaskan bahawa Kabinet sudah mengarahkan Petronas memberikan penjelasan terperinci berhubung isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Pas Kelantan.

Muhyiddin berkata penjelasan itu bagi membolehkan rakyat Kelantan tidak terpengaruh dengan kenyataan pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat yang memutarbelitkan isu berkenaan demi kepentingan politik khususnya ketika kempen pilihan raya kecil Manek Urai.

Mustapa berkata, beliau berharap kerajaan Pas Kelantan akan menerima kenyataan yang akan dikeluarkan oleh Petronas nanti.

"Kenyataan Petronas ini harap mengatasi segala isu berkenaan kerana ia bukannya kenyataan yang dikeluarkan dari mulut seorang ahli politik. Kita berlandaskan undang-undang, ada cara tertentu selesaikan masalah.

"Sebagai sebuah demokrasi, siapa saja boleh cabar Kerajaan Pusat, namun kerajaan bertegas dalam perkara ini dan harap kenyataan Petronas akan meyakinkan rakyat Manek Urai untuk menangkis dakyah fitnah yang disebarkan oleh Pas," katanya.

Pas Bankrup Idea, Terus Bangkit Isu Royalti: TPM

KUALA KRAI: Tindakan Pas terus menggunakan isu royalti minyak menunjukkan parti itu telah "bankrap idea" untuk menarik pengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno berkata tindakan parti itu juga tidak lebih daripada sekadar menagih "simpati politik" setelah kerajaan menjelaskan bahawa isu itu akan dijawab Petronas.

Beliau juga menolak keperluan untuk mengadakan forum mengenai isu royalti minyak seperti dicadangkan Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fattah Harun, hari ini.

"Penyelesaian muktamad (mengenai isu royalti minyak itu) akan diberikan Petronas, tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas majlis mesra rakyat di peti undi Temalir, Manik Urai, di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri mengulas mengenai cadangan Pas yang mahu mengadakan forum yang dianggotai Petronas, wakil Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi menjelaskan isu itu.

Beliau berkata, apa yang penting fakta mengenai isu royalti minyak itu diperjelaskan kepada rakyat oleh pihak berkaitan tanpa kepentingan politik.
Mengenai kerajaan perpaduan, Timbalan Perdana Menteri berkata Umno sentiasa terbuka untuk meneruskan perkara itu.

Beliau berkata ini kerana perpaduan Ummah sememangnya dituntut dalam Islam.

"Malangnya ia tidak disambut malah diputar-belit (pihak tertentu). Ia juga perlu untuk menunjukkan keadaan politik negara yang stabil pada dunia luar," katanya.

Muhyiddin berkata, sekarang terpulang kepada rakyat untuk menilai sama ada Pas mengalami masalah dalaman parti atau sebaliknya, berhubung kerajaan perpaduan yang awalnya dicadangkan Pas namun kemudiannya ditolak parti itu.

Pas Cadang Forum Jelas Royalti Minyak

KUALA KRAI: Pas mencadangkan supaya isu royalti minyak membabitkan kira-kira RM1 bilion yang didakwa mereka seharusnya diterima kerajaan negeri Kelantan, dijelaskan melalui forum yang dianggotai Petronas serta wakil kerajaan persekutuan dan negeri sebagai panelnya.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fattah Harun, berkata forum yang disertai ketiga-tiga pihak terbabit akan dilihat lebih adil kepada kerajaan Kelantan.

Katanya, jika Petronas sahaja yang memberi penjelasan, apa yang dikhuatiri ialah penjelasan yang diberi akan hanya mengikut kehendak kerajaan semata-mata dan sebarang perkara berbangkit tidak akan terjawab.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas keputusan Kerajaan Persekutuan membenarkan syarikat petroleum nasional itu memberi penjelasan berkaitan isu royalti minyak yang dituntut kerajaan Pas Kelantan.

Abdul Fattah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tuku berkata, kerajaan sendiri atau Petronas boleh menulis surat kepada kerajaan Kelantan untuk mengadakan forum itu.

Sementara itu Abdul Fattah mengesahkan bahawa timbalan presiden parti Nasharuddin Mat Isa akan turun berkempen pada pilihan raya kecil Manek Urai bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, dalam masa terdekat.
"Kami juga akan buat kejutan besar pada saat akhir kempen. Ini adalah strategi kami untuk mengejutkan Barisan Nasional (BN) khususnya Umno," katanya.

Beliau mendakwa Pas kini berada dalam keadaan agak selesa kerana sudah menemui lebih 70 peratus daripada 12,293 pengundi di kawasan pilihan raya itu.

Pilihan raya kecil DUN Manik Urai menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat dan calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah, berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaakob akibat serangan jantung 22 Mei lalu.

Kabinet Arah Petronas Perjelas Isu Royalti Minyak Kelantan

KUALA KRAI: Jemaah Menteri hari ini mengarahkan Petronas memberikan penjelasan terperinci berhubung isu tuntutan royalti minyak oleh Kerajaan Pas Kelantan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata penjelasan itu bagi membolehkan rakyat Kelantan memahami perkara sebenar dan tidak terpengaruh dengan kenyataan pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat yang memutar belitkan isu berkenaan, khususnya ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

"Kita sudah buat keputusan dalam Jemaah Menteri hari ini kerana ada pihak yang putar belit kenyataan, Datuk Pa (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed) juga sudah memberikan penjelasan dan memang itu hakikatnya.

"Tetapi untuk lebih jelas, Kabinet buat keputusan biar Petronas menjelaskan kedudukan sebenar dari sudut Perlembagaan dan undang-undang supaya tidak ada rakyat Kelantan terpengaruh dengan kenyataan pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat kononnya kita dah menipu rakyat negeri ini.

"Mereka kata wang RM1 bilion itu tidak diberi, maka saya fikir penting supaya penjelasan yang tepat diberikan pihak Petronas berdasarkan undang-undang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas beramah-mesra dengan pengundi Manek Urai di Peti Undi Peria, dekat sini, petang tadi.

Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini mendakwa Kerajaan Pusat perlu membayar royalti minyak berjumlah RM1 bilion kepada Kelantan bagi pengeluaran petroleum dan gas di perairan negeri ini bagi tempoh 2004 hingga 2009.

Dalam satu ceramah di Chuchoh Puteri A, Manek Urai, malam tadi, Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata Kerajaan Pusat perlu membayar royalti itu berdasarkan perjanjian antara kedua-dua pihak dan Petronas pada 1975 yang ditandatangani Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Husam mendakwa, perjanjian itu antara lain mensyaratkan Kelantan diberikan royalti lima peratus setahun dan dibayar secara tunai dua kali setahun untuk hasil minyak yang ditemui di kawasan darat dan laut.

Sebelum itu, Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, sudah memberikan penjelasan yang kerajaan negeri tidak layak mendapat royalti daripada pengeluaran petroleum itu kerana ia terletak di kawasan bertindih antara Malaysia, Vietnam dan Thailand.

Terdahulu dalam ucapannya, Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, setiap tahun Petronas memberi sehingga RM30 bilion kepada Kerajaan Pusat dan wang itu digunakan untuk memajukan seluruh negara.

"Pelantar minyak dalam lingkungan 100 hingga 200 kilometer (70 hingga 150 batu nautika) dari persisir pantai dan terletak di perairan antarabangsa, ia adalah hak Kerajaan Pusat dan tidak timbul soal tuntutan royalti di pihak Kerajaan Kelantan.

"Jadi kalau kata kita tak bagi royalti, itu tak betul... tak diberi secara langsung, kita bagi secara tak langsung, tetapi apa hasil yang diperoleh itu bukan hasil Kerajaan Negeri Kelantan," katanya.

Mengenai pilihan raya kecil Manek Urai, Muhyiddin berkata, kesepakatan yang ditunjukkan jentera BN kini berada pada tahap terbaik dan isu kononnya berlaku perpecahan dalam Umno bahagian Kuala Krai sengaja ditimbulkan parti lawan bagi mengganggu-gugat usaha BN mendapatkan sokongan rakyat.

"Saya nak sebut, sudah sampai fasa kedua pilihan raya kecil ini, Datuk Ramzi (Abd Rahman, Ketua Umno bahagian Kuala Krai) memberikan sokongan kuat dan ini menunjukkan masalah dalam bahagian tidak timbul, ia diputar-belit pihak di sana, mana ada... perkara itu tidak berlaku," katanya.

Mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam yang berharap kempen pilihan raya kecil Manek Urai berjalan dalam keadaan aman dan mesra, Muhyiddin berkata, BN sentiasa mengamalkan kempen secara 'gentleman' supaya rakyat tidak terganggu atau berasa takut untuk keluar mengundi.

"Sebenarnya kita (BN dan Pas) tidak ada perselisihan apa-apa, ini pilihan raya dan kita nak melihat amalan sihat demokrasi yang segar, atas dasar itu nasihat Perdana Menteri cukup baik dan kita nak semua pihak bekerjasama dan jangan ada taktik kempen yang boleh menyebabkan rakyat rasa terganggu dan tergugat," katanya.


(Sumber : Berita Harian)