Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts
Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts

Wednesday, April 2, 2014

Ustaz Ismail Noh, Berehatlah Wahai Ayahanda

Pemuda PAS Kelantan menyifatkan kematian bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Mas, Ustaz Ismail Noh awal pagi tadi sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada PAS Pasir Mas bahkan juga kepada PAS Negeri Kelantan sendiri. Ini kerana beliau merupakan salah seorang ulama yang dikenali dengan kepetahan hujahnya serta ketinggian ilmun yang sukar untuk ditandingi.
Allahyarham yang pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan dikenali di kalangan anak-anak muda sebagai seorang murabbi yang tidak putus-putus menekankan aspek tarbiyyah dan pengorbanan sebagai faktor penting untuk mencapai kejayaan di dalam perjuangan.
Sebelum bertanding di dalam pilihanraya, beliau merupakan Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan) Yayasan Islam Kelantan. Justeru beliau banyak turun ke sekolah-sekolah untuk berjumpa guru-guru dan pelajar-pelajar membuat tinjauan dan menyampaikan ceramah. Tidak hairan di kalangan pimpinan negeri pada hari ini yang pernah mendapat pendidikan di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan pernah mengenali beliau sebagai seorang yang sangat berjasa di dalam bidang pendidikan khususnya di negeri Kelantan. Kepetahan bahasa Arabnya juga hampir-hampir menyamai Almarhum Ustaz Yahya Othman yang terlebih dahulu pergi beberapa tahun yang lepas.
Di Pasir Mas pula, beliau pernah menewaskan Dato Ibrahim Ali untuk kerusi Parlimen Pasir Mas sebanyak dua kali pilihanraya umum iaitu pada tahun 1999 dan 2004. Namun, beliau dengan sukarela menyerahkan kerusi tersebut untuk ditandingi oleh bekas lawannya itu menggunakan logo PAS sebagai mematuhi arahan pimpinan parti pada tahun 2008. Bahkan beliau juga yang mengepalai perarakan penamaan calon di Pasir Mas ketika pilihanraya umum 2008. Inilah sejarah kepatuhan beliau kepada keputusan pucuk pimpinan parti yang sangat bersejarah di Pasir Mas.
Sesungguhnya kematian itu satu kerehatan kepada orang-orang mukmin. Rehat dari perjalanan hidup dunia yang merupakan satu ujian. Semoga Ayahanda Ustaz Ismail Noh mendapat kerehatan penuh kenikmatan daripada Allah SWT. Sekali lagi, Pemuda PAS Kelantan merakamkan takziah setinggi-tingginya kepada keluarga Allahyarham dan semoga beliau dimasukkan di kalangan hamba-hamba Allah yang soleh, Insya-Allah.
Salam takziah.
AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Monday, January 27, 2014

MajlisPerasmian Surau Pasar Besar Rantau Panjang

Dirasmikan oleh YAB. Ust Dato' Mohamad bin Yakub Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan.












JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1435/2014

Dengan hormatnya pihak Madrasah Ar Rahmaniah Ad Diniah Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas Kelantan menjemput YB/ Dato'/Datin/Tuan Guru/Ustaz/Tuan/Puan terutamanya bekas bekas pelajar pondok ini ke majlis sambutan Maulidur Rasul SAW di Pondok Lubok Tapah sebagaimana berikut:

Tarikh : 1 Rabiu'akhir 1435H/ 1 Feb 2014M
Tempat : Masjid Rahmaniah Pondok Lubok Tapah

Program :
7.00_9.00 Pagi Daurah
1 Kitab Al Syifa LiKadhi 'ayaid

9.30_10.30 pagi Daurah
2 (kedua dua Daurah ini akan disampaikan oleh Tuan Mudir Dr Hj Lokman Hj Abdullah)

11.00_ 1.00 Daurah 3(kitab Syamail MUHAMMADIYAH) disampaikan oleh Maulana Tuan Guru Hj Hussein Al Burmawi

2.00_4.00 petang : Bacaan Qasidah,persembahan pelajar Pondok dan Tahfiz

5.30_6.30 petang:Majlis Ramah Mesra Guru Guru Pondok Kelantan Tetamu VIP jemputan

7.300_9.00 malam: Solat Maghrib dan Ceramah Maulidur Rasul SAW
oleh Al Fadhil Ustaz Muhadir Bin Hj Joll Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM)

JAMUAN MAKAN :12.00 TENGAH HARI HINGGA 10.00 MALAM

SEMUA DIJEMPUT HADIR ...TERMASUK KAWAN FB,WASATSAAP,W.CHAT...

Turut mengundang
Umi..Kak Yah(Isteri Al Marhum Tuan Guru Haji Abdullah) 0111-7920086/0199371856
Pejabat Pondok 0139754428/0179034498

'Jasad yang pergi, ilmu dan perjuangan kekal di dada kami'

KUALA LUMPUR: Pemergian AlMarhum Tuan Guru Harun Taib adalah satu kehilangan besar buat Gerakan Islam di rantau ini, kata AJK PAS Pusat, Nasrudin Hassan. 

Bagaimanapun, katanya malang ada portal dan penulis seperti melepaskan dendam tersumbat apabila membidik almarhum sebagai perginya ulama konservatif sehari selepas beliau kembali ke rahmatillah. 

Tambah Ahli Parlimen Temerloh itu, tanpa peduli adab dan hormat, mereka seperti gembira dengan pemergian almarhum. 

“Saya sekadar ingin mengingatkan, yang pergi ialah jasad almarhum Tuan Guru mendapatkan kekasihnya yang Maha Kuasa tetapi ilmu dan roh perjuangan masih kekal di dada kami anak-anak muridnya. 

“Perjuangan beliau akan bersambung insya Allah,” tegasnya yang merupakan anak didik almarhum.

Wednesday, January 8, 2014

Mahkamah p'raya tolak lagi peguam pempetisyen

Mahkamah Pilihan Raya Ipoh sekali lagi menolak permohonan seorang peguam untuk membenarkannya mewakili seorang pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubok Merbau yang mahu membatalkan keputusan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lepas.    

Hakim Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu selepas mendengar bantahan awal yang dikemukakan pempetisyen Mohd Ridzuan Hasif dan hujahan pihak
responden.
  
Dalam prosiding hari ini, Datuk Firoz Hussein Ahmad yang mewakili ADUN Lubok Merbau Datuk Siti Salmah Mat Jusak berkata pada peringkat awal perbicaraan petisyen itu 13 Ogos lepas, mahkamah itu turut menolak permohonan peguam Chan Kok Leong untuk mewakili pempetisyen berikutan kegagalannya mematuhi Perintah 9 dan 34 Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.
  
Menurutnya perintah itu hanya membenarkan pempetisyen atau peguamnya untuk memfailkan petisyen pilihan raya, dan bukannya firma guaman.
  
"Mereka (pempetisyen) kemudian membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan dan petisyen ini diarah untuk dibicarakan semula di Ipoh hari ini. Namun, pada peringkat itu langsung tidak timbul berkenaan permintaan Kok Leong untuk mewakili pempetisyen dalam perbicaraan hari ini," katanya.
   
Siti Salmah selaku responden pertama diwakili empat peguam diketuai Firoz dan Abu Bakar As Sidiq, responden kedua ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan responden ketiga, Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Lubok Merbau Abdul Halim Hamed.
  
Abdul Rahman kemudian menetapkan esok untuk mendengar perbicaraan penuh petisyen itu.
  
Pada 23 Disember lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh dan DUN Lubok Merbau diremit semula ke mahkamah pilihan raya untuk mendengar merit kes selepas membenarkan rayuan petisyen pilihan raya yang difailkan pembangkang.
  
Dalam PRU13, Siti Salmah, calon Barisan Nasional, mengalahkan calon PAS Mohd Zainudin Mohd Yusof dengan majoriti 53 undi bagi kerusi itu.
  
- Bernama

Pohon pihak polis segera bertindak!


Tuesday, January 7, 2014

Pemuda PAS Ucap Tahiah Kepada Piya

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK), merakamkan ucapan tahniah atas penampilan terbaru Kapten Bola Sepak Kelantan (TRW) yang menutup aurat dan mengekalkan etika tersebut dalam perlawanan persahabatan semalam.
Menurut Pengerusi Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan DPPNK Ahmad Najib Deris, pemakaian ‘tight’ yang menutup kadar aurat lelaki adalah contoh yang perlu diikuti oleh seluruh rakan sukan yang lain.
“Saya berpandangan dalam kemeriahan dan kerancakan sukan bola sepak negara diikuti Bola Sepak Piala Dunia (World Cup) di Brazil yang bakal tiba, keputusan Piya yang mahu menutup aurat harus dihargai.
“Sudah tiba masanya atlet sukan negara meletakkan soal dosa pahala selain mengejar kejayaan dunia,”ujarnya
piyaPada 31 Disember lalu, Mohd Badhri Radzi berazam untuk tampil sebagai pemain bola sepak yang menutup aurat selepas pulang daripada mengerjakan umrah bulan lalu.
Beliau lebih dikenali sebagai Piya berkata, sebelum ini dia pernah beraksi tanpa mendedahkan aurat namun ia hanya seketika, tetapi selepas pulang daripada mengerjakan umrah November lalu, dia nekad untuk beraksi dengan memenuhi tuntutan agama.
Kata Piya, selain memenuhi tuntutan agama, pemain yang dinobat Pemain Paling Bernilai (MVP) tahun ini turut menyifatkan azamnya sesuai dengan kempen menutup aurat yang dilancarkan di Kelantan.
“Sebelum ini saya pernah mencuba untuk menutup aurat ketika bermain bola sepak, namun usaha itu tidak berterusan. Bagaimanapun selepas pulang daripada mengerjakan umrah, niat untuk menutup aurat ketika bermain bola semakin menebal dan saya nekad untuk meneruskannya.
“Saya akan menguatkan iman supaya bermain bola dalam keadaan menutup aurat sama ada ketika perlawanan di tempat sendiri atau di tempat lawan termasuk juga ketika sesi latihan,” katanya
Sehubungan itu, Ahmad Najib menyeru kerajaan mengambil pertimbangan untuk menyuntik elemen kerohanian dalam sukan negara.
“Penjagaan solat, menutup aurat, amanah dan akhlak bersukan bagi atlet muslim atau juga dipanggil pendekatan sivik dan moral seharusnya dijadikan asas kepada pelan tindak untuk mencapai impian tersebut.
“Sememangnya tidak mustahil idea Malaysia mampu menjulang Piala Dunia tetapi adalah diharapkan juga ia meletakkan ukuran yang lebih lunak dengan aturan agama,”jelas Ahmad Najib

Piya Dan Ikon Anak Muda

Mewakili Lajnah Sukan dan Kesenian (Dacs) Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, saya rakamkan ucapan tahniah atas penampilan terbaru Kapten Bola Sepak Kelantan (TRW) yang menutup aurat dan etika pemakaian ini dikekalkan dalam perlawanan persahabatan semalam dimana TRW menewaskan Perlis 3-1. Pemakaian 'tight' yang menutup kadar aurat lelaki adalah contoh yang perlu diikuti oleh seluruh rakan sukan yang lain.


Saya berpandangan dalam kemeriahan dan kerancakan sukan bola sepak negara diikuti Bola Sepak Piala Dunia (World Cup) di Brazil yang bakal tiba, keputusan Piya yang mahu menutup aurat harus dihargai. Sudah tiba masanya atlet sukan negara meletakkan soal dosa pahala selain mengejar kejayaan dunia.

Saya juga optimis terhadap hasrat menjulang trofi Piala Dunia dengan Pelan Pembangunan Bola Sepak Nasional 2014 - 2020 yang diumumkan oleh TPM sabtu lalu. Namun saya juga menyeru kerajaan mengambil pertimbangan untuk menyuntik elemen kerohanian dalam sukan negara. Penjagaan solat, menutup aurat, amanah dan akhlak bersukan bagi atlet muslim atau juga dipanggil pendekatan sivik dan moral seharusnya dijadikan asas kepada pelan tindak untuk mencapai impian tersebut.

Sememangnya tidak mustahil idea Malaysia mampu menjulang Piala Dunia tetapi adalah diharapkan juga ia meletakkan ukuran yang lebih lunak dengan aturan agama. Sememangnya tidak mustahil dan perlu dibanggakan apabila pemain terbaik seperti Piya mengenakan sut sukan menutup aurat dan peminat Kelantan pastinya tidak kekok mengakui yang beliaulah ikon sukan dalam bola sepak negara. Tahniah piya dan kekalkan penampilan anda.

Sekian, terima kasih

Ahmad Najib Deris
Pengerusi DACS
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Saya kerugian hampir RM100,000, kata peniaga

RANTAU PANJANG: Pengarah Bomba Dan Penyelamat Kelantan, Azmi Othman, melahirkan rasa simpati terhadap peniaga di Pekan Rantau Panjang apabila 74 buah premis perniagaan hangus terbakar.

Ketika memberitahu media beliau berkata, Pekan Rantau Panjang merupakan tumpuan pelancong dan merupakan tempat masyarakat setempat mencari rezeki terutama di musim perayaan.

Bagaimanapun, semuanya hangus dijilat api dalam kejadian yang berlaku pada Isnin kira-kira jam 11.30 malam itu.

Beliau memberitahu, sebanyak empat buah kenderaan bomba masing-masing dari Pasir Mas, Rantau Panjang, Kota Bharu terlibat membantu memadam api dari merebak.

“Sebarang masaalah atau maklumat rujuklah pada Ketua Balai Rantau Panjang, Nashuha Fahd,”ujarnya.

Seorang peniaga, Hamzah Mohammad, 58, ketika ditemui memohon pihak yang berkenaan membantu meringankan bebanan peniaga yang terlibat.

Beliau yang berniaga di situ sejak tahun 1989, berkata akibat kejadian itu beliau kerugian kira-kira RM100,000.

“Barang perniagaan saya semuanya dari almunium seperti peralatan dapur, periuk, kuali dan sebagainya,” ujarnya.

Sambungnya, semoga dengan bantuan itu ianya dapat menampung modal yang bakal dikumpul untuk memulakan semula perniagaan selepas ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Nashuha Fahd Ahmad Mijai ketika memberitahu Harakahdaily turut mencadangkan supaya peniaga menyediakan alat pemadam api sendiri.

Katanya, ia penting bagi mengurangkan kebakaran sekurang-kurangnya dari merebak ke premis berdekatan.

“Saya juga mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri untuk memadamkan kebakaran.

“Kami menerima panggilan sudah agak lewat, mungkin mereka cuba memadam api sendiri terlebih dahulu, bila tidak begitu berjaya baru menghubungi pihak kami,”ujarnya.

Katanya, ingin memadam api sendiri boleh dengan syarat berhati-hati bagaimanapun pada masa yang sama hubungi pihak Bomba dan Penyelamat terlebih dahulu.

Peniaga terlibat kebakaran diharap tabah hadapi ujian


RANTAU PANJANG: Para peniaga Pasar Besar Rantau Panjang yang kehilangan punca rezeki mereka akibat terbakar tengah malam tadi diharap banyak bersabar dengan musibah yang berlaku.

Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang Siti Zailah Yusuf antara yang terawal turun ke tempat kebakaran pagi tadi mengucapkan takziah kepada peniaga-peniaga yang menerima musibah itu.

"Kita kena terima musibah ini, dan insyallah akan digantikan dengan rezeki lain selepas ini," katanya.

Zailah turut menasihati para peniaga yang kehilangan peniagaan mereka agar membuat laporan polis dengan segera bagi memudahkan mereka memohon bantuan sama ada dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kerajaan Negeri dan Jabatan Pembangunan Persekutuan.

Beliau juga akan melancarkan tabung kebakaran terutama bagi mereka yang kehilangan modal dan tinggal sehelai sepinggang.

"Kita berharap orang ramai boleh menyalurkan derma kepada mereka kerana ada di kalangan para peniaga yang masih berhutang dengan tauke-tauke besar.

"Iaitu kebanyakkan mereka ambil barang dahulu dan bayar kemudian selepas dapat untung," katanya yang turut bersimpati dengan mereka.

Sementara itu, Dewan Pemuda Pas Kawasan Rantau Panjang dan Pemuda Pas Dun Gual Periok akan melancarkan derma kilat bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

Insiden kebakaran yang berlaku pada 11.30 malam tadi berjaya dipadamkan oleh pihak bomba kira-kira dua jam selepas itu. Namun nilai kerugian masih lagi disiasat.

Kejadian itu juga turut mendapat perhatian Menteri Besar Kelantan Ustaz Datuk Ahmad Yakob yang turun melawat tempat kejadian pagi ini.

Monday, January 6, 2014

13hb Jan 2014 : Kenyataan Majlis Syura Ulamak

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1) Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan Yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, Tidak beranak dan tidak diperanakkan.
2) Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.
3) Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemahkan kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Almursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.
Mesy Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat, dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.

Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Dato Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia.

Wednesday, January 1, 2014

DPPM SESI 2013-2015

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah berjaya membuat beberapa pelantikan baharu jawatankuasa DPPM bagi sesi 2013-2015. Hasil dari mesyuarat  DPPM pada 11 Disember 2013, beberapa portfolio penting berjaya diisi. Saudara (Sdr) Mohd Nasaie bin Ismail dilantik sebagai Setiausaha DPPM, Ustaz Yussaine Yahya sebagai Bendahari, Ustaz Zaharuddin Mohamad sebagai Ketua Penerangan, manakala Pengarah Pilihanraya adalah Sdr Mohd Sany Hamzan. Jawatan Penolong-penolong Setiausaha DPPM serta pelantikan beberapa jawatankuasa tambahan dan pembentukan Lajnah serta Jabatan pula akan dilantik selepas Pelan Strategik DPPM.


Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa DPPM bagi sesi 2013-2015:-

Pengerusi Tetap : Ustaz Kamal Ashaari
Timbalan Pengerusi Tetap : Dr Ustaz Riduan Mohd Nor
Ketua Pemuda : Suhaizan Kaiat
Timbalan Ketua Pemuda : Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi
Naib Ketua Pemuda : Ir Hj Muhd Khairil Nizam Khiruddin
Setiausaha : Mohd Nasaie Ismail
Bendahari : Ustaz Yussaine Yahya
Ketua Penerangan : Ustaz Zaharuddin Mohamad
Pengarah Pilihanraya : Mohd Sany Hamzan

Ahli jawatankuasa DPPM (dipilih dalam Muktamar DPPM) :
  1. Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joffre
  2. Mohd Fadli Ghani
  3. Ustaz Mohd Fadhli Shaari
  4. YB Ustaz Ahmad Yahya
  5. Mohd Shahir Che Sulaiman
  6. Mohd Faizul Salleh
  7. Ustaz Afnan Hamimi bin Taib Azzamudden
  8. YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan
  9. Nurul Islam Mohd Yusoff
  10. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus
Ketua Pemuda PAS Negeri-Negeri :-
Perlis : Ustaz Yussaine Yahya
Kedah : Ustaz Mohd Nasir Zakaria
Pulau Pinang : Ustaz Mohd Yusni Mat Piah
Perak  : Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss
Selangor : Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim
Wilayah Persekutuan : Ir Hj Muhd Khairil Nizam Khiruddin
Negeri Sembilan : Ustaz Nor Azman Mohamad
Melaka : Jauhar Mohd Dawi
Johor : Mohd Faizul Saleh
Pahang : Ustaz Nazri Ahmad
Terengganu : Ustaz Kamaruzaman Abdullah
Kelantan : Ustaz Mohd Fadli Shaari
Sabah : Lahirul Latigu
Sarawak : Mohd Arifiriazul Paijo


SUHAIZAN KAIAT
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sunday, September 12, 2010

Bekas SU Pemuda PAS Pusat meninggal dunia

Harakahdaily

IPOH, 11 Sept: Ustaz Hamim Abu Bakar, bekas Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat meninggal dunia di Ipoh hari ini ketika berusia kira-kira 70 tahun.

Hamim meninggal di Hospital Ipoh selepas diserang sakit jantung ketika menziarahi sanak saudaranya sempena Aidil Fitri.

Sebelum ini, Hamim adalah petugas sepenuh masa Pejabat Agung PAS. Beliau menjadi Setiausaha Pemuda di hujung tahun 1970-an ketika Pemuda PAS dipimpin Datuk Mustafa Ali.

Jawatan itu kemudiannya diambil alih oleh Haji Subky Latif selepas beliau tidak sihat untuk menjalankan tugas akibat kemalangan.

Ketika konfrantasi dengan Indonesia, Hamim pernah ditahan ISA.

Hamim yang tinggal di Petaling Jaya sebelum ini meninggalkan isteri dan empat anak.

Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.

"Allahyarham adalah seorang petugas PAS yang sangat komited. Beliau bukan setiausaha sahaja tetapi juga driver bila kita ada program.

"Dia telah menyerahkan seluruh hidupnya untuk perjuangan semasa beliau sihat dahulu hingga tidak sihat selepas kemalangan," kata Mustafa.