Mewakili Lajnah Sukan dan Kesenian (Dacs) Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, saya rakamkan ucapan tahniah atas penampilan terbaru Kapten Bola Sepak Kelantan (TRW) yang menutup aurat dan etika pemakaian ini dikekalkan dalam perlawanan persahabatan semalam dimana TRW menewaskan Perlis 3-1. Pemakaian 'tight' yang menutup kadar aurat lelaki adalah contoh yang perlu diikuti oleh seluruh rakan sukan yang lain.
Saya berpandangan dalam kemeriahan dan kerancakan sukan bola sepak negara diikuti Bola Sepak Piala Dunia (World Cup) di Brazil yang bakal tiba, keputusan Piya yang mahu menutup aurat harus dihargai. Sudah tiba masanya atlet sukan negara meletakkan soal dosa pahala selain mengejar kejayaan dunia.
Saya juga optimis terhadap hasrat menjulang trofi Piala Dunia dengan Pelan Pembangunan Bola Sepak Nasional 2014 - 2020 yang diumumkan oleh TPM sabtu lalu. Namun saya juga menyeru kerajaan mengambil pertimbangan untuk menyuntik elemen kerohanian dalam sukan negara. Penjagaan solat, menutup aurat, amanah dan akhlak bersukan bagi atlet muslim atau juga dipanggil pendekatan sivik dan moral seharusnya dijadikan asas kepada pelan tindak untuk mencapai impian tersebut.
Sememangnya tidak mustahil idea Malaysia mampu menjulang Piala Dunia tetapi adalah diharapkan juga ia meletakkan ukuran yang lebih lunak dengan aturan agama. Sememangnya tidak mustahil dan perlu dibanggakan apabila pemain terbaik seperti Piya mengenakan sut sukan menutup aurat dan peminat Kelantan pastinya tidak kekok mengakui yang beliaulah ikon sukan dalam bola sepak negara. Tahniah piya dan kekalkan penampilan anda.
Sekian, terima kasih
Ahmad Najib Deris
Pengerusi DACS
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
No comments:
Post a Comment