KENYATAAN MEDIA
Saya mahu merujuk kepada himpunan 30 kerat PUTERI UMNO Bachok dengan sepanduk "Ingat... Kerajaan PAS Kelantan Juga Boleh Digulingkan" yang tersebar di media maya hari ini. Atas rasa terkilan, saya terpanggil memberikan respon atas silap faham terhadap himpunan yang dianjurkan anak muda di dataran merdeka malam ini ekoran kenaikan harga barang. Silap faham yang secara sengaja disebarkan oleh media kerajaan yang telah ditelan bulat oleh puteri umno ini dengan selewengan saraf sebagai himpunan guling kerajaan.
Saya merasa amat kesian atas kefahaman sebegini. Saya sekadar mahu bertanya, jika kerajaan menaikkan harga barang, apakah ahli-ahli Puteri UMNO ini terkecuali. Untuk itu, apalah salahnya jika anak-anak muda dan rakyat maehaen seperti saya, berhimpun secara aman untuk menunjukkan solidariti bantahan terhadap kenaikan harga barang. Tambahan pula kebebasan berhimpun adalah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Saya mahu berpesan kepada Puteri UMNO Bachok untuk lebih bijak menganalisa isu. Jika Tun Mahathir sendiri menyatakan bantahan di media terhadap kenaikan harga barang, apa silapnya himpunan atas niat yang sama dilakukan. Ia langsung tiada kaitan dengan gulingkan kerajaan. Malah, hasrat menggulingkan kerajaan Kelantan yang dipilih rakyat secara perundangan secara terangan sebegitu seharusnya dilihat keras mengikut undang-undang.
Berkenaan 11 langkah kurangkan perbelanjaan sektor awan bermula 1 Januari yang diumumkan YAB Perdana Menteri semalam pada saya hanya mahu mengalihkan isu dengan langkah penurunan yang tiada kaitan dengan rakyat. Ia melibatkan potongan-potongan kecil sektor awam dan pastinya ia akan dikembalikan kepada kerajaan. Justeru penurunan ini tidak memberikan apa-apa kesan kepada kenaikan harga barang dan peningkatan kos hidup rakyat.
Pastinya, anak-anak muda dan rakyat seperti saya yang tertekan dengan kos hidup tinggi tidak akan termakan dengan pujukan sebegini. Bantahan perlu diteruskan dan sama-sama kita penuhkan dataran sempena menyambut tahun baru malam ini. Jika Putrajaya dihidangkan dengan konsert hiburan melalaikan, apa salahnya dataran merdeka dipenuhkan dengan laungan bantah kenaikan harga barang secara aman. Jom! Turun dan bantah.
Sekian, terima kasih.
Hatman Bin Abdullah
Pengerusi Lajnah Undang Undang dan Hak Asasi Manusia

No comments:
Post a Comment