Tuesday, January 7, 2014

Pemuda terkilan Sikap Puteri Umno Bachok

Photo: KENYATAAN MEDIA

Saya mahu merujuk kepada himpunan 30 kerat PUTERI UMNO Bachok dengan sepanduk "Ingat... Kerajaan PAS Kelantan Juga Boleh Digulingkan" yang tersebar di media maya hari ini. Atas rasa terkilan, saya terpanggil memberikan respon atas silap faham terhadap himpunan yang dianjurkan anak muda di dataran merdeka malam ini ekoran kenaikan harga barang. Silap faham yang secara sengaja disebarkan oleh media kerajaan yang telah ditelan bulat oleh puteri umno ini dengan selewengan saraf sebagai himpunan guling kerajaan.

Saya merasa amat kesian atas kefahaman sebegini. Saya sekadar mahu bertanya, jika kerajaan menaikkan harga barang, apakah ahli-ahli Puteri UMNO ini terkecuali. Untuk itu, apalah salahnya jika anak-anak muda dan rakyat maehaen seperti saya, berhimpun secara aman untuk menunjukkan solidariti bantahan terhadap kenaikan harga barang. Tambahan pula kebebasan berhimpun adalah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Saya mahu berpesan kepada Puteri UMNO Bachok untuk lebih bijak menganalisa isu. Jika Tun Mahathir sendiri menyatakan bantahan di media terhadap kenaikan harga barang, apa silapnya himpunan atas niat yang sama dilakukan. Ia langsung tiada kaitan dengan gulingkan kerajaan. Malah, hasrat menggulingkan kerajaan Kelantan yang dipilih rakyat secara perundangan secara terangan sebegitu seharusnya dilihat keras mengikut undang-undang.

Berkenaan 11 langkah kurangkan perbelanjaan sektor awan bermula 1 Januari yang diumumkan YAB Perdana Menteri semalam pada saya hanya mahu mengalihkan isu dengan langkah penurunan yang tiada kaitan dengan rakyat. Ia melibatkan potongan-potongan kecil sektor awam dan pastinya ia akan dikembalikan kepada kerajaan. Justeru penurunan ini tidak memberikan apa-apa kesan kepada kenaikan harga barang dan peningkatan kos hidup rakyat.

Pastinya, anak-anak muda dan rakyat seperti saya yang tertekan dengan kos hidup tinggi tidak akan termakan dengan pujukan sebegini. Bantahan perlu diteruskan dan sama-sama kita penuhkan dataran sempena menyambut tahun baru malam ini. Jika Putrajaya dihidangkan dengan konsert hiburan melalaikan, apa salahnya dataran merdeka dipenuhkan dengan laungan bantah kenaikan harga barang secara aman. Jom! Turun dan bantah.

Sekian, terima kasih.

Hatman Bin Abdullah
Pengerusi Lajnah Undang Undang dan Hak Asasi ManusiaKENYATAAN MEDIA

Photo: Nak Tanya MUFTI lulusan Diploma - bekas SB & Penyarah Sementara - Ini Bughah juga ke??

Saya mahu berpesan kepada Puteri UMNO Bachok untuk lebih bijak menganalisa isu. Jika Tun Mahathir sendiri menyatakan bantahan di media terhadap kenaikan harga barang, apa silapnya himpunan atas niat yang sama dilakukan. Ia langsung tiada kaitan dengan gulingkan kerajaan. Malah, hasrat menggulingkan kerajaan Kelantan yang dipilih rakyat secara perundangan secara terangan sebegitu seharusnya dilihat keras mengikut undang-undang.

Berkenaan 11 langkah kurangkan perbelanjaan sektor awan bermula 1 Januari yang diumumkan YAB Perdana Menteri semalam pada saya hanya mahu mengalihkan isu dengan langkah penurunan yang tiada kaitan dengan rakyat. Ia melibatkan potongan-potongan kecil sektor awam dan pastinya ia akan dikembalikan kepada kerajaan. Justeru penurunan ini tidak memberikan apa-apa kesan kepada kenaikan harga barang dan peningkatan kos hidup rakyat.

Pastinya, anak-anak muda dan rakyat seperti saya yang tertekan dengan kos hidup tinggi tidak akan termakan dengan pujukan sebegini. Bantahan perlu diteruskan dan sama-sama kita penuhkan dataran sempena menyambut tahun baru malam ini. Jika Putrajaya dihidangkan dengan konsert hiburan melalaikan, apa salahnya dataran merdeka dipenuhkan dengan laungan bantah kenaikan harga barang secara aman. Jom! Turun dan bantah.

Sekian, terima kasih.

Hatman Bin Abdullah
Pengerusi Lajnah Undang Undang dan Hak Asasi Manusia

Harussani; Sila Tanggalkan Jubah Mufti

Mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Kubang Kerian, saya panjangkan kekesalan atas 'fatwa songsang' dan 'terburu-buru' Harussani itu. Untuk itu saya berpandangan Harussani harus melepaskan jubah mufti yang dipakai. Kesangsian terhadap fatwa yang seringkali ditimbulkan oleh Harussani sepatutnya dihentikan dengan perletakan jawatan. 

Photo: Harussani; Sila Tanggalkan Jubah Mufti

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan melalui kenyataan Ketua Pemuda hari ini secara jelas memberikan isyarat tidak bersetuju dengan kenyataan Harussani berkaitan "Bughah" dan "halal darah" peserta demonstrasi aman 31/12 lalu. Kesungguhan itu ditunjukkan dengan ajakan debat atas tajuk itu dan secara jujur Harussani harus memberikan respon atas ajakan.

Mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Kubang Kerian, saya panjangkan kekesalan atas 'fatwa songsang' dan 'terburu-buru' Harussani itu. Untuk itu saya berpandangan Harussani harus melepaskan jubah mufti yang dipakai. Kesangsian terhadap fatwa yang seringkali ditimbulkan oleh Harussani sepatutnya dihentikan dengan perletakan jawatan. 

Institusi Mufti adalah institusi mulia yang dihormati. Seseorang yang menjatuhkan kemuliaan dan kehormatan jawatan semulia ini harus melepaskannya.

Untuk apa lagi Harussani memakai jubah semulia itu jika masih beraksi seolah-olah tidak pernah mengenal "amanah ilmu" dan menjiwai keramat para mufti. Fatwa-fatwa isu yang dikeluarkan menyalahi prinsip ilmu dan bagaimana rakyat seperti kami anak muda yang menantikan fatwa benar mampu menunjukkan rasa hormat kepada seorang mufti seperti ini. Jika Harussani seperti pak cik Sani yang bercakap di kedai kopi, saya tidaklah sekali-kali merasa janggal dan kesal, tetapi beliau adalah seorang mufti. Untuk itulah Jubah Mufti itu harus ditanggalkan.

Sekian, terima kasih.

MUHAMMAD HAFIZ BIN MUSA
Ketua Pemuda PAS Kawasan Kubang Kerian
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri KelantanDewan Pemuda PAS Negeri Kelantan melalui kenyataan Ketua Pemuda hari ini secara jelas memberikan isyarat tidak bersetuju dengan kenyataan Harussani berkaitan "Bughah" dan "halal darah" peserta demonstrasi aman 31/12 lalu. Kesungguhan itu ditunjukkan dengan ajakan debat atas tajuk itu dan secara jujur Harussani harus memberikan respon atas ajakan.

Institusi Mufti adalah institusi mulia yang dihormati. Seseorang yang menjatuhkan kemuliaan dan kehormatan jawatan semulia ini harus melepaskannya.

Untuk apa lagi Harussani memakai jubah semulia itu jika masih beraksi seolah-olah tidak pernah mengenal "amanah ilmu" dan menjiwai keramat para mufti. Fatwa-fatwa isu yang dikeluarkan menyalahi prinsip ilmu dan bagaimana rakyat seperti kami anak muda yang menantikan fatwa benar mampu menunjukkan rasa hormat kepada seorang mufti seperti ini. Jika Harussani seperti pak cik Sani yang bercakap di kedai kopi, saya tidaklah sekali-kali merasa janggal dan kesal, tetapi beliau adalah seorang mufti. Untuk itulah Jubah Mufti itu harus ditanggalkan.

Sekian, terima kasih.

MUHAMMAD HAFIZ BIN MUSA
Ketua Pemuda PAS Kawasan Kubang Kerian
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Piya Dan Ikon Anak Muda

Mewakili Lajnah Sukan dan Kesenian (Dacs) Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, saya rakamkan ucapan tahniah atas penampilan terbaru Kapten Bola Sepak Kelantan (TRW) yang menutup aurat dan etika pemakaian ini dikekalkan dalam perlawanan persahabatan semalam dimana TRW menewaskan Perlis 3-1. Pemakaian 'tight' yang menutup kadar aurat lelaki adalah contoh yang perlu diikuti oleh seluruh rakan sukan yang lain.

Saya berpandangan dalam kemeriahan dan kerancakan sukan bola sepak negara diikuti Bola Sepak Piala Dunia (World Cup) di Brazil yang bakal tiba, keputusan Piya yang mahu menutup aurat harus dihargai. Sudah tiba masanya atlet sukan negara meletakkan soal dosa pahala selain mengejar kejayaan dunia.

Saya juga optimis terhadap hasrat menjulang trofi Piala Dunia dengan Pelan Pembangunan Bola Sepak Nasional 2014 - 2020 yang diumumkan oleh TPM sabtu lalu. Namun saya juga menyeru kerajaan mengambil pertimbangan untuk menyuntik elemen kerohanian dalam sukan negara. Penjagaan solat, menutup aurat, amanah dan akhlak bersukan bagi atlet muslim atau juga dipanggil pendekatan sivik dan moral seharusnya dijadikan asas kepada pelan tindak untuk mencapai impian tersebut.

Sememangnya tidak mustahil idea Malaysia mampu menjulang Piala Dunia tetapi adalah diharapkan juga ia meletakkan ukuran yang lebih lunak dengan aturan agama. Sememangnya tidak mustahil dan perlu dibanggakan apabila pemain terbaik seperti Piya mengenakan sut sukan menutup aurat dan peminat Kelantan pastinya tidak kekok mengakui yang beliaulah ikon sukan dalam bola sepak negara. Tahniah piya dan kekalkan penampilan anda.

Sekian, terima kasih

Ahmad Najib Deris
Pengerusi DACS
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Saya kerugian hampir RM100,000, kata peniaga

RANTAU PANJANG: Pengarah Bomba Dan Penyelamat Kelantan, Azmi Othman, melahirkan rasa simpati terhadap peniaga di Pekan Rantau Panjang apabila 74 buah premis perniagaan hangus terbakar.

Ketika memberitahu media beliau berkata, Pekan Rantau Panjang merupakan tumpuan pelancong dan merupakan tempat masyarakat setempat mencari rezeki terutama di musim perayaan.

Bagaimanapun, semuanya hangus dijilat api dalam kejadian yang berlaku pada Isnin kira-kira jam 11.30 malam itu.

Beliau memberitahu, sebanyak empat buah kenderaan bomba masing-masing dari Pasir Mas, Rantau Panjang, Kota Bharu terlibat membantu memadam api dari merebak.

“Sebarang masaalah atau maklumat rujuklah pada Ketua Balai Rantau Panjang, Nashuha Fahd,”ujarnya.

Seorang peniaga, Hamzah Mohammad, 58, ketika ditemui memohon pihak yang berkenaan membantu meringankan bebanan peniaga yang terlibat.

Beliau yang berniaga di situ sejak tahun 1989, berkata akibat kejadian itu beliau kerugian kira-kira RM100,000.

“Barang perniagaan saya semuanya dari almunium seperti peralatan dapur, periuk, kuali dan sebagainya,” ujarnya.

Sambungnya, semoga dengan bantuan itu ianya dapat menampung modal yang bakal dikumpul untuk memulakan semula perniagaan selepas ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Nashuha Fahd Ahmad Mijai ketika memberitahu Harakahdaily turut mencadangkan supaya peniaga menyediakan alat pemadam api sendiri.

Katanya, ia penting bagi mengurangkan kebakaran sekurang-kurangnya dari merebak ke premis berdekatan.

“Saya juga mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri untuk memadamkan kebakaran.

“Kami menerima panggilan sudah agak lewat, mungkin mereka cuba memadam api sendiri terlebih dahulu, bila tidak begitu berjaya baru menghubungi pihak kami,”ujarnya.

Katanya, ingin memadam api sendiri boleh dengan syarat berhati-hati bagaimanapun pada masa yang sama hubungi pihak Bomba dan Penyelamat terlebih dahulu.

Lawatan MB Kelantan Kebakaran Pasar Rantau Panjang

Sekitar lawatan YAB Datuk Menteri Besar ke tempat kebakaran di Pasar Besar Rantau Panjang. Terima kasih YAB Datuk.

Peniaga terlibat kebakaran diharap tabah hadapi ujian

RANTAU PANJANG: Para peniaga Pasar Besar Rantau Panjang yang kehilangan punca rezeki mereka akibat terbakar tengah malam tadi diharap banyak bersabar dengan musibah yang berlaku.

Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang Siti Zailah Yusuf antara yang terawal turun ke tempat kebakaran pagi tadi mengucapkan takziah kepada peniaga-peniaga yang menerima musibah itu.

"Kita kena terima musibah ini, dan insyallah akan digantikan dengan rezeki lain selepas ini," katanya.

Zailah turut menasihati para peniaga yang kehilangan peniagaan mereka agar membuat laporan polis dengan segera bagi memudahkan mereka memohon bantuan sama ada dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kerajaan Negeri dan Jabatan Pembangunan Persekutuan.

Beliau juga akan melancarkan tabung kebakaran terutama bagi mereka yang kehilangan modal dan tinggal sehelai sepinggang.

"Kita berharap orang ramai boleh menyalurkan derma kepada mereka kerana ada di kalangan para peniaga yang masih berhutang dengan tauke-tauke besar.

"Iaitu kebanyakkan mereka ambil barang dahulu dan bayar kemudian selepas dapat untung," katanya yang turut bersimpati dengan mereka.

Sementara itu, Dewan Pemuda Pas Kawasan Rantau Panjang dan Pemuda Pas Dun Gual Periok akan melancarkan derma kilat bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

Insiden kebakaran yang berlaku pada 11.30 malam tadi berjaya dipadamkan oleh pihak bomba kira-kira dua jam selepas itu. Namun nilai kerugian masih lagi disiasat.

Kejadian itu juga turut mendapat perhatian Menteri Besar Kelantan Ustaz Datuk Ahmad Yakob yang turun melawat tempat kejadian pagi ini.

Lawatan Ketua Pemuda PAS Kelantan

Ahmad Fadhli Bin Shaari ( KP Kelantan)
6 hours ago

Pagi tadi sempat meninjau kebakaran di Rantau Panjang bersama-sama Ketua DPP Rantau Panjang dan penghulu tempatan. 74 unit kedai milim peribadi musnah. Insha-Allah melalui Lajnah Kebajikan DPPNK, satu kutipan derma kilat akan dilancarkan di seluruh negeri. Pengerusi Lajnah Kebajikan DPPNKMohammed Morsi juga akan membuat tinjauan pagi ini..

Ahmad Fadhli Bin Shaari at Pasar Rantau Panjang, Kelantan
16 hours ago · Rantau Panjang

7hb Jan 2014 - 1 Pagi : Kebakaran besar sedang berlaku di pasar Rantau Panjang..kemusnahan hampir kesemua barang2 perniagaan peniaga2 kecil dan sederhana. Saya tidak menolak kemungkinan untuk membuka tabung khas bantuan kpd para peniaga di sini. Apapun, ia bergantung kepada perkembangan selanjutnya. Buat masa skrg pihak bomba sedang bertungkus lumus memadamkan kebakaran.

Kebakaran besar sedang berlaku di pasar Rantau Panjang..kemusnahan hampir kesemua barang2 perniagaan peniaga2 kecil dan sederhana.

Saya tidak menolak kemungkinan untuk membuka tabung khas bantuan kpd para peniaga di sini. Apapun, ia bergantung kepada perkembangan selanjutnya. Buat masa skrg pihak bomba sedang bertungkus lumus memadamkan kebakaran.